Jumaat, 5 April 2013

Windows 8 - Sistem Operasi (OS) paling GEMPAK!

Syarikat gergasi terkemuka komputer, Microsoft yang terkenal di serata pelusuk dunia kini telah menghasilkan satu operasi sistem yang paling gempak! iaitu Windows 8.


Ianya didatangkan dengan 4 Edisi utama ;-


  1. Windows 8
  2. Windows 8 RT
  3. Windows 8 PRO
  4. Windows 8 Enterprise 


Windows 8

Windows 8 adalah edisi asal untuk pengguna yang menjalankan keseluruhan fungsi dekstop. Boleh dikatakan segala fungsi yang biasa pengguna gunakan di Windows terdapat pada Windows 8. Windows 8 tidak didatangkan bersama Microsoft Office 2013 seperti mana Windows RT.


Windows 8 PRO


Bagi mereka yang pakar dalam PC mahupun peniaga, Windows Pro merupakan pilihan yang terbaik untuk anda! Windows 8 Pro megandungi segala apa yang terkandung pada Windows 8. Terdapat pelbagai fungsi tambahan antaranya seperti virtual PC, BitLocker, pegurusan PC dan penyambungan domain. 


Windows 8 Enterprise


Termasuk semua Windows 8 Pro , tetapi lebih menjurus ke arah perusahaan dengan menyediakan perjanjian Jaminan Perisian. Ianya hanya dijual untuk syarikat yang menjalankan perniagaan besar.


Windows RT (Windows Runtime) 

Windows RT (Runtime) merupakan edisi terbaru Windows yang mana ianya akan digunakan pada tablet dan laptop. Windows 8 RT direka khas untuk peranti ARM seperti tablet. Versi ini tidak boleh dbeli secara berasingan, kerana ianya sedia dipasang pada tablet dan laptop. Windows 8 RT hanya akan menjalankan perisian yang tersedia melalui Windows Store dan program yang sedia ada didalam Windows termasuk Microsoft Office 2013.





FTW - For the Winner Windows 8!

p/s; Dapatkan Windows 8 anda sekarang di kedai kami. Format laptop/pc dan rasakan pengalaman baru anda bersama Windows 8!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan