Jumaat, 12 April 2013

8 Perkara Anda Boleh Lakukan Dengan Unifi

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak describe sikit apa kelebihan UniFi yang di bekalkan oleh Telekom Malaysia.

UniFi merupakan perkhidmatan jalur lebar yang menggunakan gentian optik untuk menyampaikan internet berkelajuan tinggi, telefon dan perkhidmatan IPTV ke rumah pelanggan.Jenis teknologi yang digunakan untuk menyampaikan perkhidmatan UniFi ke rumah pelanggan akan bergantung kepada jenis premis pelanggan. Jika premis pelanggan adalah hartanah, Gentian ke Rumah (FTTH) akan digunakan manakala jika premis pelanggan adalah bangunan tinggi, kelajuan Sangat tinggi Digital Subscriber Line 2 (VDSL 2) akan digunakan.



Antaranya ialah:

1. Tengok tv tanpa buffer pada waktu hujan
Ya, dengan Unifi dilengkapi dengan talian TV di rumah dengan channel biasa dan tambahan, anda boleh menonton TV tanpa gangguan terutama pada waktu hujan renyai-renyai, kecuali jika terdapat gangguan talian. Walaupun begitu, siapa yang berani mononton pada waktu hujan kilat? TV akan ditutup seperti biasa sama seperti Astro. 


2. Telefon puas-puas rumah ke rumah

Unifi dilengkapi dengan unit telefon dan talian telefon ini sudah termasuk dengan bil Telekom anda iaitu RM149 untuk pakej paling basic. Maka, lepaslah rindu ibu bapa anda dengan panggilan ke rumah yang percuma setiap hari sepanjang masa. Cuma panggilan dari rumah ke rumah sahaja percuma. Ke talian telefon mudah alih akan dicas mengikut kadar yang ditetapkan.


3. Pencarian maklumat berkesan – layari internet dengan laju

Anda boleh menggunakan internet dengan smooth untuk carian maklumat daripada Google, Yahoo, Bing dan Dogpile misalnya. Selain itu, jika anda browse laman web yang dihostkan di talian yang limited, anda sekurang-kurangnya masih boleh load page tersebut berbanding jika internet slow. Anda juga boleh melakukan transaksi perbankan online tanpa risau akan talian putus lagi seperti sebelum ini.


4. Tengok movie puas-puas

Laman web seperti Youtube yang menyajikan video yang boleh ditonton oleh anda tanpa buffer dengan Unifi. Selain itu terdapat laman web online yang lain yang boleh anda stream video tersebut tanpa buffer. Cerita Melayu misalnya boleh ditonton daripada laman web tonton.com.my dan cerita Korea dari laman web maaduu.com. Anda juga boleh mencuba perisian TV seperti Readon TV dan sebagainya untuk channel-channel TV luar negara. Jika ada cadangan laman web legal lagi, sila tambah di ruangan komen.


5. Muat turun update dan perisian

Dengan penggunaan tanpa had bandwidth, anda boleh muat turun content daripada laman web tanpa masalah. Antaranya laman web seperti update antivirus, update perisian seperti Chrome, Firefox dan lain-lain lagi, muat turun perisian percuma seperti dari filehippo.com,download.com, dan lain-lain lagi.


6. Muat turun movie

Wah, inilah yang terbaik yang menjadikan UniFi pilihan sesetengah pelanggan. Muat turun daripada laman web seperti 4shared.com, rapidshare.com sudah tidak asing lagi. Namun Dekan tidak menyokong cetak rompak. Maka, kandungan yang dimuat turun daripada laman web seperti TeamAryzs, penggunaan carian keyword Google “intitle:’Index Of’ brrip 720p” dan lain-lain lagi perlu dielakkan. :p Bagi Anime Jepun pula, anda boleh memuat turun daripada animestash.info yang penuh dengan link.


7. Main permainan online dengan lebih mantap

Tanpa perlu ke CyberCafe lagi, anda boleh bermain permainan World of Warcraft, Risk Your Life, Ragnarok Online, MapleStory dan lain-lain
MMORPG lagi di rumah anda. Lepas ini tak keluar rumah la pulak. Dan isteri anda akan boring duduk di rumah jika anda kaki gamers ini.


8. Aplikasi online boleh di’awan’kan

Jika anda menggunakan linux, anda boleh mendapat update dan juga serve kandungan dan sync dengan lebih cepat. Dengan teknologi awan (cloud), sebarang aplikasi boleh diserve ke internet untuk digunapakai.
Terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan yang tidak sempat Dekan fikirkan. Mungkin pembaca boleh membantu menambah.
Selamat melayari internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan